Terbit buku Hadis 40 Imam An-Nawawi untuk semua sekolah - Utusan Malaysia

Terbit buku Hadis 40 Imam An-Nawawi untuk semua sekolah

Buku hadis
ANWAR Ibrahim menerima senaskah Al-Quran daripada Ali Jum’ah sambil disaksikan Pengasas dan Pengetua Darul Musthafa, Tarim, Yaman (kiri) pada Majlis Muzakarah Ulama dan Umara sempena Festival Turath Islami Selangor 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan berhasrat menerbitkan semula buku yang menghimpunkan 40 hadis Nabi Muhammad SAW oleh Imam An-Nawawi (Hadis 40 Imam An-Nawawi) dan diedarkan di semua sekolah di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai usaha memupuk perkembangan ilmu dan dakwah berteraskan kasih sayang dan saling menghormati dalam kalangan pelajar khususnya beragama Islam.

Menurutnya, saranan tersebut dibuat selepas menerima penekanan yang diberikan oleh Mantan Mufti Agung Mesir, Profesor Dr. Ali Jum’ah dalam Muzakarah Ulama-Umara pada Festival Turath Islami Selangor.

“Mungkin Jakim dan KPM sebagai sambutan ialah untuk mengambil ikhtiar untuk menerbitkan semula buku dan disampaikan di semua sekolah untuk memastikan pelajar-pelajar diberikan dengan gambaran mungkin dengan syarahan yang baik.

“Kalau baca teks hadis, mungkin anak-anak tidak dapat menghadam dengan baik dan kita boleh tanya pandangan Dr. Ali Jum’ah nanti apakah penyampaian yang boleh dicadangkan untuk kita terbit (buku) dan edarkan ke seluruh negara,” katanya pada muzakarah tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan beliau akan terus memanfaatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana bagi kegiatan penyebaran ilmu sebagai tradisi perkembangan ilmu sebagai tradisi aqliah yang berteraskan perbincangan dan perbahasan beradab, berakhlak dan nilai.

“Selain daripada tradisi Rasulullah, saya baca sejarah ulung Salahuddin Al Aiyub yang banyak fikirkan tentang penawanan Baitulmuqaddis, tetapi jangan lupa zaman beliau mengimarahkan masjid sebagai gedung ilmu sepanjang 10 tahun awal

“Jadi, itu yang mempengaruhi saya dan meyakini bahawa keutamaan kita adalah memberi kefahaman melalui proses dakwah, pendidikan dan sebaiknya melalui suatu garis kaedah atau manhaj yang tepat supaya tidak ada usaha mengelirukan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya