Tanah milik syarikat, kerajaan negeri biaya Stadium Shah Alam - Utusan Malaysia

Tanah milik syarikat, kerajaan negeri biaya Stadium Shah Alam

Stadium Shah Alam
ORANG ramai melihat replika Stadium Shah Alam yang baharu di SACC Mall, Shah Alam. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Penggantian tanah di 10 kawasan yang dikenal pasti di Hulu Selangor dan Klang bagi pembiayaan pembinaan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) untuk menggantikan Stadium Shah Alam tidak melibatkan rizab Melayu dan hutan simpan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang menjelaskan, 10 kawasan tersebut masih dalam perbincangan bersama syarikat pemaju projek berkenaan dan akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) nanti.

“Tak ada. Tidak melibatkan kawasan hutan atau tanah rizab Melayu. Hutan sudah pasti tiada, yang pasti tanah milik syarikat kerajaan negeri dan milik negeri.

“Pencarian tanah di 10 kawasan sedang bincang dengan pihak pemaju sebab kita juga akan meneliti dan akan dimuktamadkan insha-Allah dalam masa terdekat mungkin dalam MMKN terdekat sebab mesyuaratnya tidak ada dalam dua tiga minggu ini.

“Kalau sudah ada, saya akan maklumkan dan tunjukkan bila kita hendak mula sebab ramai yang menunggu,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Malawati, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan mengenal pasti lebih 10 pilihan tapak tanah di negeri ini sebagai proses penggantian tanah bagi membiayai kos pembangunan semula projek kontroversi itu.

Amirudin memaklumkan pemilihan tanah itu berada dalam proses akhir untuk dinilain dan dimuktamadkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya