Selangor kenalpasti 10 tapak tanah gantian biaya kos bina stadium - Utusan Malaysia

Selangor kenalpasti 10 tapak tanah gantian biaya kos bina stadium

Stadium Selangor
STADIUM Shah Alam akan dibangunkan semula oleh kerajaan negeri Selangor. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kerajaan Selangor mengenal pasti lebih 10 pilihan tapak tanah di negeri ini sebagai proses penggantian tanah bagi membiayai kos pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemaju masih dalam proses penelitian termasuk nilai tanah yang perlu bersesuaian dengan kos keseluruhan kompleks itu.

Katanya, proses penggantian itu tidak semestinya dilakukan secara sekaligus namun secara berperingkat.

“Kita sudah membuat tawaran (tanah itu) dan kini dalam proses akhir untuk memuktamadkannya. Kesemua tanah yang sedang dinilai itu termasuk beberapa kawasan di Hulu Selangor dan Klang,” katanya selepas merasmikan Pusat Smart Desa di Kampung Air Tawar di sini, semalam.

Pada 14 Mac lalu, beliau memaklumkan  beberapa pilihan tapak tanah di Klang dan Hulu Selangor diteliti bagi pembiayaan kos pembangunan kompleks tersebut.  

Kawasan Pulau Carey tiada dalam senarai itu berikutan difokuskan bagi pembinaan pelabuhan ketiga di Selangor dan projek Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS).

Jelas Amirudin, pembinaan kompleks itu hanya akan dimulakan selepas semua proses penggantian tanah selesai.

“Kita sememangnya turut bergantung kepada progress (kemajuan) proses berkenaan. Tindakan perobohan Stadium Shah Alam itu akan dijalankan kelak dan saya menjangkakan bermula tahun ini,” ujarnya.

Tambah beliau, pembinaan KSSA itu bukan hanya menumpukan perobohan stadium semata-mata malah melibatkan keseluruhan projek tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya