PPIM harap pengadu jemaah umrah terkandas tarik balik laporan

PPIM harap pengadu jemaah umrah terkandas tarik balik laporan

SEBAHAGIAN kumpulan trip khas pemulihan operasi umrah Emraz bergerak menaiki pesawat di Terminal 1, KLIA, Sepang, Selangor. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta jemaah umrah terkandas agar memikirkan pelbagai sudut sebelum mereka membuat aduan kepada pihak berwajib.

Malah menurut Pegawai Khas Ketua Aktivisnya, Harik Fauzi, berdasarkan analisis badan itu, banyak faktor terlibat dan menjejaskan teruk operasi agensi pengembaraan tempatan termasuk kes dialami Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. ekoran isu penjadualan semula tarikh penerbangan ke tanah suci.

Padahal ujar beliau, syarikat Bumiputera terkenal itu bukan pun berniat sengaja mahu menipu pelanggan mereka tetapi masalah yang berlaku hanya disebabkan isu pengurusan.

“Kami buat analisis dan dianggarkan ada lima agensi selain Emraz ada isu sama tetapi Emraz lebih menonjol kerana bilangan jemaah mereka ramai,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni kumpulan pertama bagi trip khas pemulihan operasi umrah Emraz di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Harik berkata, syarikat berkenaan sudah bertindak aktif menghubungi PPIM bagi membantu menyelaraskan kembali kesemua kes jemaah tertunggak selama ini termasuk segala laporan diajukan kepada pihak polis, Tribunal Tuntutan Pengguna serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang pernah dikemukakan awal tahun ini.

Langkah itu ujar beliau adalah perlu dan lebih baik kerana pihak PPIM berusaha keras bagi memastikan hak serta kebajikan semua pengadu dijamin dalam isu dialami oleh mereka.

Bahkan katanya, jika operasi Emraz tiba-tiba digantung atau ditutup terus oleh pihak Motac semua jemaah yang tidak terlibat dalam isu berkenaan pun akan terkena sama tempias.

Sedangkan kata Harik, isu tarikh penerbangan tertunda itu juga dialami kebanyakan agensi pengembaraan di seluruh dunia susulan pembukaan sempadan pasca wabak Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya