Pelajar dipukul kerana tidak hormat senior

Pelajar dipukul kerana tidak hormat senior

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA : Polis merakam lima keterangan individu bagi membantu siasatan kes pelajar tingkatan tiga dipukul beramai-ramai  di Kemensah Height Embun, Kemensah Trak Motocross Taman Melawati, di sini pada Isnin lalu.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan perselisihan faham antara mangsa yang didakwa menghormati sekumpulan pelajar tingkatan lima yang senior.

Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak berkata, awalnya mangsa yang berusia 15 tahun itu telah dipukul di tangga sekolahnya, sekitar pukul 9.30 pagi.

Katanya, mangsa ditumbuk di bahagian dada kiri, cekik dan tendang bahagian belakang badan oleh seorang pelajar lelaki tingkatan lima dikenalinya. 

“Mangsa turut diugut akan disiku bahagian muka sekiranya tidak berjumpa di Anjung Selera sebelum lima suspek mengajak mangsa ke Bukit Mar Mar Kemensah lalu dipukul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, dalam pergaduhan itu, mangsa telah ditumbuk salaj seorang suspek di bahagian muka pengadu sebanyak empat kali.

Ujar beliau, kejadian itu turut disaksikan lebih kurang 10 hingga 15 orang pelajar lain.

“Mangsa mengalami kecederaan bahagian dahi kepala, luka dibahagian tepi kening kiri, rahang dibahagian muka kiri serta belakang tengkuk mengalami kesakitan dan bengkak. 

“Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada sengaja mendatangkan kecederaan,” ujarnya. 

Terdahulu, satu video tular yang memaparkan seorang pelajar teruk dipukul sekumpulan pelajar lain sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menerusi empat video yang dikongsikan oleh pemilik Instagram @_maisarahmazlan, kejadian tersebut dipercayai melibatkan pelajar dari sebuah sekolah menengah sekitar Selangor.

Rakaman video tersebut turut memaparkan beberapa orang pelajar yang lain yang turut memukul mangsa bahkan ada yang cuba menghentikan pergaduhan sambil bergelak ketawa sesama mereka.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya