Operasi LRA Sungai Dua capai tahap 100 peratus - Utusan Malaysia

Operasi LRA Sungai Dua capai tahap 100 peratus

OPERASI pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang telah mencapai tahap 100 peratus setakat awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Operasi pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua telah mencapai tahap 100 peratus (kira-kira 1,000 juta liter sehari – JLH) setakat awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), paras air Sungai Muda juga telah naik ke tahap 1.56 meter di Muka Sauk Lahar Tiang pukul 9 pagi tadi.

”PBAPP sedang berusaha mengepam air mentah pada tahap maksimum dari Sungai Muda dan pada masa sama terus melepaskan air daripada Empangan Mengkuang,” katanya dalam kenyataan di Facebook PBAPP hari ini.

Penurunan mendadak paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang pukul 5 pagi semalam menyebabkan pengeluaran LRA Sungai Dua terjejas.

Difahamkan, penurunan paras air Sungai Muda itu berpunca daripada kerosakan pintu kawalan air (pintu barrage) Sungai Muda.

Kejadian itu turut menyebabkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengeluarkan notis berlaku gangguan air tidak berjadual di tiga daerah di Kedah iaitu di Kuala Muda, Kulim dan sebahagian kawasan di Baling.

Kenyataan itu memaklumkan, dalam jangkamasa sembilan jam lalu, PBAPP mengepam sejumlah besar air terawat ke semua kawasan-kawasan bekalan di Seberang Perai dan Pulau Pinang.

“Status bekalan air di Seberang Perai ialah pada tahap 90 peratus manakala bekalan air di Pulau Pinang juga pada kadar 90 peratus.

”PBAPP sedang mengoptimumkan semua operasi bekalan air dengan matlamat memulihkan sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di seluruh Pulau Pinang dan akan terus mengemas kini maklumat kepada pengguna-pengguna air,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya