Malaysia Pro Wrestling (MYPW) cari bakat baharu sukan gusti

Malaysia Pro Wrestling (MYPW) cari bakat baharu sukan gusti

MALAYSIA Pro Wrestling (MYPW) mencari bakat baharu dalam sukan gusti sebagai pelapis kepada beberapa kejayaan yang pernah dicipta sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Pro Wrestling (MYPW) sedang mencari bakat baharu dalam kalangan anak muda berusia antara 18 tahun ke atas untuk diketengahkan sebagai pelapis dalam industri sukan gusti profesional negara.

Ini susulan kejayaan Emman Azman, dikenali sebagai Golden Boy, yang merangkul tali pinggang kejuaraan Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) pada tahun lalu.

Di samping mengharumkan nama negara mencipta kemenangan dalam siri kejohanan gusti di peringkat Asia, dan terkini berjaya menembusi penyertaan dalam syarikat gusti kedua terbesar dunia, New Japan Pro Wrestling (NJPW) baru-baru ini.

Kejayaan ini diikuti anak muda berusia 20 tahun, Miles Karu, yang mencipta sejarah merangkul tali pinggang Juara MYPW National Wrestlecon apabila menentang tiga penggusti di gelanggang Kejohanan Gusti New Breed, Februari lalu.

“Melihat kepada potensi sukan gusti profesional ini, MYPW yakin dapat menggilap bakat-bakat pelapis anak muda melalui silibus latihan terkini di samping dapat memupuk disiplin dan jati diri ke arah gaya hidup sihat,” kata Pengarah Urusan My Pro Wrestling Sdn. Bhd., Datin Maria Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi rakyat Malaysia yang berminat menimba pengalaman sukan gusti, boleh hadir ke sesi ‘Tryouts’ MYPW bertempat di Stadium Mini Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 20 Mei 2023 (Sabtu) jam 10 pagi atau hubungi [email protected] atau layari Facebook Malaysia Pro Wrestling untuk maklumat lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya