Lelaki nyaris maut bertembung kereta langgar lampu merah - Utusan Malaysia

Lelaki nyaris maut bertembung kereta langgar lampu merah

Langgar lampu merah
PAPARAN daripada rakaman sebuah video menunjukkan pertembungan sebuah motosikal dengan kereta yang melanggar lampu merah dekat persimpangan Alam Budiman di Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki nyaris maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta yang langgar lampu merah dekat persimpangan Alam Budiman di Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 1.35 tengah hari melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15 yang tidak sempat berhenti sebelum merempuh bahagian kiri Perodua Alza.

“Siasatan awal mendapati kereta Perodua Alza datang dari arah Jalan Paip tidak berhenti di lampu isyarat Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Alam Budiman telah membelok ke kanan.

“Dalam masa yang sama datang sebuah motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Shah Alam melanggar kereta tersebut di sebelah kiri. Akibat kejadian ini penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian tangan serta muka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Kaedah 17 Lalu Lintas Jalan (LN) 166/59.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal menyeru saksi kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Sarjan Abdul Jalil Md Said di talian 013-3422324 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, rakaman video kemalangan itu tular dalam media sosial memaparkan sebuah motosikal bertembung dengan sebuah kereta yang melanggar lampu merah di persimpangan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya