Insiden keganasan rumah tangga di Klang naik - Utusan Malaysia

Insiden keganasan rumah tangga di Klang naik

CHA HOONG FONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kes keganasan rumah tangga di daerah ini dikesan meningkat bagi tempoh Januari hingga April tahun ini berdasarkan laporan polis diterima Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, berbanding tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Bahagian Siasatan Jenayah, pada tahun ini 16 kertas siasatan berhubung kes keganasan rumah tangga dibuka berbanding 12 pada pada tahun lalu.

Menurutnya, kes terbaru melibatkan seorang kanak-kanak berumur enam tahun di sekitar Pandamaran apabila ibunya tampil membuat laporan polis pada dua hari lalu berikutan tidak tahan dengan sikap bekas suaminya.

“Kanak-kanak itu dipercayai dipukul ayahnya sejak beberapa bulan lalu sementara ibunya pula sempat merakam insiden berkenaan untuk dijadikan bahan bukti. Kita sedang menyiasat kes tersebut,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Menurutnya, kes sedemikian diterimanya kini disiasat di bawah Seksyen 323, Seksyen 324, Seksyen 326 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan ketagihan alkohol dan pengaruh dadah menjadi dua punca utama berlaku kes ini.

“Faktor utama adalah disebabkan pengaruh alkohol mengakibatkan hilang pertimbangan sehingga mencederakan ahli keluarga mereka. Hal ini amat membimbangkan kerana kita mahu elak kes seperti ini berlaku dan berharap harap keganasan rumah tangga tidak terus meningkat.

“Ada juga berlaku apabila tidak dapat wang bagi membeli dadah yang akhirnya menyebabkan pelaku melepaskan kemarahan kepada isteri dan anak,” ujarnya.

Menurutnya, mangsa keganasan domestik itu dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1984 yang terpakai kepada wanita, ahli keluarga dalam kalangan lelaki, kanak-kanak, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya