DUN Selangor dibubar sebelum 25 Jun - Utusan Malaysia

DUN Selangor dibubar sebelum 25 Jun

DUN Selangor
AMIRUDIN Shari bersama warga PKPS yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Wisma PKPS, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan sebelum tarikh pembubaran automatiknya iaitu 25 Jun depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri terlibat bersepakat untuk membubarkan DUN masing-masing selewat-lewatnya minggu keempat bulan hadapan.

“Kami bersepakat untuk membubarkan DUN bersama kerana tidak mahu menyusahkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) membuat PRN berkali-kali.

“Saya akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah antara minggu kedua atau minggu ketiga. Mungkin minggu keempat,” katanya selepas menghadiri Majlis Ehsan Raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Wisma PKPS, hari ini. 

Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor yang akan menjalani PRN tahun ini selepas keenam-enam negeri itu tidak membubarkan DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lalu.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor memaklumkan, pemimpin daripada semua negeri ini komited untuk melaksanakan secara serentak.

“Kami pun ada visi nasional yang sama-sama tangani dan dana boleh digunakan benda lain daripada mengurus pilihan raya. Kami tidak mahu dua tiga kali PRN terpaksa diulang dalam tempoh yang dekat kerana libatkan kos yang tinggi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya