Wanita OKU maut dalam kebakaran rumah - Utusan Malaysia

Wanita OKU maut dalam kebakaran rumah

SEORANG wanita OKU, Nuraida Hashim, 43, maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang kira-kira pukul 5 petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita golongan orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alma, di sini, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Nuraida Hashim, 43, yang mengalami masalah ketidakupayaan mental dikatakan berada di atas katil di dalam sebuah bilik rumah berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, mangsa berjaya dibawa keluar ke tempat selamat ketika kejadian, namun pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital kemudian mengesahkan wanita tersebut telah meninggal dunia.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, beliau berkata, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah dengan anggaran peratusan kemusnahan kira-kira 40 peratus.

“Seramai 15 anggota termasuk penyelia dengan diketuai oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam terlibat dalam misi memadam kebakaran itu.

“Turut memberi bantuan ialah jentera dari BBP Bandar Perda serta beberapa pasukan bomba sukarela (PBS) iaitu dari Kota Permai, Cross Street dan Juru,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas jurucakap terbabit, kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 5.31 petang dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pukul 6.26 petang.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ kemudian dijalankan di kawasan yang terbakar dan operasi tamat sepenuhnya pukul 7.48 malam,” ujarnya.

Selain bomba dan polis, operasi tersebut turut mendapat kerjasama daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kesihatan (KKM). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya