ARAU: Seorang pengusaha katering melakukan kelainan dengan menyediakan tempat di kafenya di bawah jejantas Batas Liku, di sini yang bersuasanakan kampung bagi tempahan penganjuran rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pemilik The Bunker Cafe, Hasmiza Hashim, 40, berkata, setakat ini tempahan yang diterimanya sangat memberangsangkan bermula dari hari raya ketiga sehingga 20 Syawal ini. Katanya, sebanyak 15 menu disediakan antaranya lemang, ketupat, nasi himpit, lontong, nasi arab, nasi beriani…










