Produk daging khinzir tanpa dokumen sah dirampas - Utusan Malaysia

Produk daging khinzir tanpa dokumen sah dirampas

MAQIS Pulau Pinang mengagalkan cubaan membawa masuk produk daging khinzir bernilai lebih RM12,000 tanpa dokumen sah di pintu masuk LTAPP, Bayan Lepas semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk produk daging khinzir bernilai lebih RM12,000 tanpa dokumen sah di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) semalam.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd. Talib Hashim berkata, rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM yang mana barangan itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM.

”Siasatan mendapati, keluaran hasilan haiwan (daging khinzir) tersebut tidak mempunyai permit import serta sijil kesihatan veterinar yang sah.

“Dagangan yang dibawa dari China, Singapura dan lain-lain negara ini merupakan jenis hasilan haiwan seperti sosej daging khinzir, daging salai dan pelbagai lagi dengan keseluruhan berat 70 kilogram (kg),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit sah adalah kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

”Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tambahnya, Maqis sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri negara.

Ujar beliau, daging khinzir merupakan berisiko dan mudah dijangkiti penyakit seperti African Swine Fever (ASF) yang mana boleh didapati pada daging babi walaupun telah diproses dan tersedia untuk dimakan.

”Pintu masuk Maqis seperti lapangan terbang antarabangsa merupakan kawasan yang berisiko tinggi untuk tersebar penyakit seperti ASF di mana penumpang dari pelbagai negara membawa produk makanan tersebut melalui bagasi ke Malaysia.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya