Perlu lebih ramai pakar cerun, 100 kes tanah runtuh di sekitar Segambut

Perlu lebih ramai pakar cerun, 100 kes tanah runtuh di sekitar Segambut

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Unit Cerun di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diperkasa bagi memastikan pasukan itu dilengkapi lebih ramai pakar cerun dalam mengendalikan isu hakisan dan tanah runtuh dengan lebih berkesan pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, DBKL memerlukan lebih ramai pakar cerun untuk mengendalikan kes hakisan dan kejadian tanah runtuh memandangkan terlalu banyak aduan berkaitan runtuhan tanah khususnya di kawasan Parlimen Segambut diterima sejak tahun lalu.

“Saya akan meminta DBKL memastikan laporan dan aduan mengenai hakisan tanah diteliti serius dan ini cukup penting berdasarkan trend tahun lepas kawasan Parlimen Segambut mengalami banyak insiden tanah runtuh.

“Pada masa yang sama saya sudah meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memperkasa Unit Cerun DBKL yang jaga tanah runtuh kerana kejadian atau kes banyak kemungkinan besar sumber tenaga manusia mungkin tak cukup untuk mereka membantu mengendalikan kejadian,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan ditemui semasa membuat tinjauan situasi semasa di lokasi runtuhan hadapan bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Bukit Tunku, Jalan Duta di sini.

Beliau diberi taklimat oleh pasukan teknikal yang terdiri daripada bomba, polis dan Jabatan Mineral dan Geosains serta DBKL.

Hannah Yeoh berkata, Parlimen Segambut dan Lembah Pantai yang terdiri daripada kawasan berbukit adalah antara punca berlakunya banyak kes kejadian tanah runtuh.

Kata beliau, lebih 100 kes kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan Parlimen Segambut pada tahun lalu. 

“Banyak skala (insiden tanah runtuh), bukan semua berskala besar, kita terima aduan dan memang DBKL ambil tindakan berdasarkan aduan, itu tak dapat dinafikan. Tetapi mereka lihat banyak sangat runtuhan berskala berlaku dan tidak dapat bertindak pantas.

“Sebab itu, saya telah bangkitkan sebelum ini di Parlimen agar Unit Cerun DBKL diperkasa segera dengan jumlah keanggotaan (pakar cerun) yang banyak,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya