Pas Selangor kecam serangan Israel - Utusan Malaysia

Pas Selangor kecam serangan Israel

PALESTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Badan Perhubungan Pas Selangor mengecam tindakan kekerasan yang berterusan dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa terutama ketika umat Islam di sana sedang menjalani ibadah pada bulan Ramadan.

Ketua Penerangan negeri, Nushi Mahfodz berkata, tindakan tersebut sebagai biadab, keji dan tidak berperikemanusiaan dan tidak menghormati sentimen agama iaitu melakukan serangan ketika umat Islam sedang berpuasa.

“Tindakan tentera rejim Israel itu biadab, keji dan tidak berperikemanusiaan terhadap umat Islam di Palestin yang sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Perbuatan biadap, keji dan tidak berperikemanusiaan itu amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku.

“Pas Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Polis Israel menyerang dan menangkap lebih 400 jemaah Palestin dalam serbuan ganas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki.

Menurut pegawai tempatan, ratusan rakyat Palestin ditangkap awal pagi tadi dan ditahan di balai polis di Atarot di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki selepas polis Israel menyerang para jemaah konon untuk menahan pemberontak bertopeng yang mengunci diri di dalam masjid itu dengan bunga api, kayu dan batu.

Saksi Palestin berkata, polis Israel menggunakan kekerasan yang berlebihan apabila mereka mula melempar bom tangan dan gas pemedih mata ke arah para jemaah yang sedang menunaikan solat dan bertadarus al-Quran.

Serbuan berterusan sehingga pagi Rabu apabila tentera Israel sekali lagi dilihat menyerang dan menolak penduduk Palestin keluar dari perkarangan masjid dan menghalang mereka daripada solat, sebelum orang Israel dibenarkan masuk di bawah perlindungan polis.

Dalam pada itu, Nushi mengajak semua wakil agama di negeri ini mengecam serangan yang kejam itu dan mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa atas keadilan dan sifat kemanusiaan.

“PAS Selangor konsisten dalam mempertahankan aqidah Islam dan umatnya serta bertegas menolak kewujudan Israel sebagai sebuah negara berdaulat di rantau Asia Barat.

“PAS Selangor mengajak semua wakil agama di negara ini mengecam serangan yang tidak berperikemanusiaan itu yang telah mencemarkan kesucian Masjid Ketiga yang mulia dalam Islam atas dasar keadilan dan kemanusiaan sejagat,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya