Tindakan Israel terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan

Tindakan Israel terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seluruh rakyat termasuk masyarakat dunia diseru mengutuk tindakan Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, beliau juga menggesa agar serangan dan kekerasan ke atas jemaah Al-Aqsa ini dihentikan.

Beliau berkata, kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel yang menyerang dan menggunakan kekerasan terhadap rakyat Palestin pada Rabu lalu sehingga menyebabkan kecederaan awam.

“Tindakan polis Israel yang menceroboh Masjid Al-Aqsa adalah biadab serta amat tidak bertanggungjawab.

“Malah tindakan tersebut berulang setiap tahun ketika umat Islam menjalani ibadah di bulan Ramadan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau juga mengarahkan masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan Solat Hajat esok.

Mohd Na’im berkata, masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga diminta untuk melaksanakan Solat Hajat pada tarikh yang sama.

“Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, marilah bersama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita di Palestin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya