MBSA kumpul tiga tan lebihan makanan - Utusan Malaysia

MBSA kumpul tiga tan lebihan makanan

MBSA
NOR Fuad Abdul Hamid (kiri) menyampaikan sumbangan kepada peniaga Bazar Ramadan dekat Seksyen 19 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengumpul kira-kira tiga tan metrik lebihan makanan dan minuman dalam tempoh 14 hari pelaksanaan program ‘MBSA MYSave Food@Bazar Ramadan 2023’.

Datuk Bandar Shah Alam, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid berkata, daripada jumlah itu, separuh daripadanya adalah makanan dan selebihnya lagi minuman berjaya dikumpul dari 23 Mac sehingga semalam.

“Itu merupakan aktiviti pengumpulan lebihan makanan daripada peniaga bazar Ramadan dan mengagihkannya kepada golongan B40 dan yang memerlukan.

Program itu dianjurkan di tiga lokasi bazar Ramadan iaitu Seksyen 7, Seksyen 17 dan Seksyen 20 juga bagi mengelakkan berlakunya pembaziran makanan di bazar Ramadan,” katanya ketika ditemui selepas mengedarkan kod promosi dan bubur lambuk kepada pengunjung bazar Ramadan rahmah Seksyen 19 di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau menambah, program MBSA MYSave Food@Bazar Ramadan 2023 turut mendapat kerjasama sukarelawan daripada Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia dan Briged Sukarelawan UiTM.

Dalam program tersebut, MBSA mengedarkan kod promosi bernilai RM10 kepada 1,000 pengunjung bazar bagi menggalakkan bayaran tanpa tunai ketika urusan jual beli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya