Mas Ermieyati sah Pengerusi PAC baharu

Mas Ermieyati dipilih sebagai Pengerusi PAC baharu

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Masjid Tanah dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin sah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, keputusan itu dibuat selepas lebih suara ahli Parlimen bersetuju setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Mas Ermieyati dilantik ke dalam jawatan itu. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menyokong usul dikemukakan. 

Dewan Rakyat antara lain bersetuju memilih Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai Naib Pengerusinya. 

Menerusi pelantikan tersebut, ia menyaksikan dasar pelantikan pengerusi PAC dalam kalangan pembangkang di Dewan Rakyat diteruskan.

PAC ialah jawatankuasa Parlimen yang dibentuk untuk meneliti laporan daripada Ketua Audit Negara dan meneliti kewangan kerajaan serta wang yang diperuntukkan oleh Parlimen untuk perbelanjaan awam.

Ia akan dianggotai antara enam hingga 12 ahli yang akan dicalon oleh jawatankuasa pemilihan yang akan ditubuhkan.

PAC mempunyai kuasa untuk memanggil menteri, orang awam, penjawat awam dan pegawai lain ke jawatankuasa itu untuk disoal siasat selain membuat susulan terhadap penemuan audit awam. 

Sebelum pembubaran Parlimen ke-14, Pengerusi PAC disandang oleh bekas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh. 

Beliau yang kini ahli Parlimen Taiping bertanggungjawab dalam melengkapkan laporan siasatan  projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang gagal disiapkan meskipun kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya