Lelaki maut kereta dihempap pokok ketika ribut

Lelaki maut kereta dihempap pokok ketika ribut

ANTARA kenderaan yang dihempap pokok akibat kejadian ribut di Jalan Lencongan Timur, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Jalan Lencongan Timur, berdekatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini malam tadi.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya merupakan pemandu kereta Proton Waja yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Azahari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.27 malam ketika kejadian angin kencang dan hujan lebat di kawasan berkenaan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian didapati lima buah kereta termasuk Proton Waja, Mercedes Benz, Perodua MyVi dan Nissan X Trail mengalami kerosakan akibat dihempap lebih 10 batang pokok.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu kereta Proton Waja dalam anggaran umur 50-an meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian badannya,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, empat lagi pemandu kenderaan lain dan penumpang masing-masing turut mengalami kecederaan, namun jumlah sebenar kesemua mangsa terlibat masih dalam siasatan.

“Mayat lelaki berkenaan serta mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke HSAH untuk tindakan lanjut,” katanya.

Azahari berkata, seramai 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, BBP Aman Jaya dan dibantu oleh 14 anggota sukarela terlibat dalam operasi tersebut.

“Dengan bantuan tiga jengkaut milik kontraktor THB serta peralatan Rescue Tools, mangsa-mangsa berjaya dibawa keluar daripada kenderaan masing-masing,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.