Kerajaan tegas tolak rasuah, kembali maruah bangsa - Utusan Malaysia

Kerajaan tegas tolak rasuah, kembali maruah bangsa

Mahathir
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan pimpinannya tetap tegas mengembalikan maruah dan integriti, menolak kebobrokan, rasuah dan penyelewengan.

Langkah itu katanya, supaya nasib rakyat akan terjamin dan maruah bangsa akan dapat ditebus semula.

“Mana-mana negara yang mahu meningkat maju harus berteraskan kepada keyakinan, harus berteraskan kepada nilai, harus berteraskan kepada ihsan dan rahmah.

“Ini yang dipupuk tetapi yang integral dalam semua ini yang menjadi paksi adalah keluhuran jiwa kita, keinginan membawa perubahan dengan menetapkan suatu prinsip disiplin dan rahmah yang kita lalui dalam latihan bulan Ramadan,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri, malam ini.

Terdahulu, Anwar menzahirkan ucapn selamat Hari Raya Aidlfitri kepada semua umat Islam di negara ini.

Beliau mengharapkan semoga ibadah puasa yang sudah disempurna dapat dicapai ke tahap ketakwaan dan takwa.

Dengan itu katanya, umat Islam dijamin kembali kepada keadaan yang bersih dan fitrah insaniah.

“Jadikan semangat pengorbanan, keikhlasan dan disiplin pada bulan Ramadan sebagai bekalan untuk menjamin kesejahteraan hidup diri, keluarga, masyarakat serta negara,” katanya.

Perdan Menteri pada masa sama turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penjawat awam di dalam dan luar negara yang bertungkus-lumus berkhidmat termasuk pasukan pertahanan yang menjaga keselamatan serta mengangkat martabat negara.

Anwar berharap, dengan usaha dan khidmat mereka di negara ini dan seluruh dunia, moga ia akan terus memberi kekuatan baharu kepada negara yang seharusnya diangkat martabatnya.

“Bagi pihak saya, (isteri) (Datuk Seri Dr. Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga, saya ucapkan Selamat Eid Mubarak kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.