Cabaran pembakar semangat bergelar graduan - Utusan Malaysia

Cabaran pembakar semangat bergelar graduan

Nur Fatiha Abdullah pada majlis Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Johor 2026
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Johor 2026 yang yang diadakan di Politeknik Premier Port Dickson, baru -baru ini menyaksikan kesungguhan graduan mengejar ilmu meski pun terpaksa berdepan banyak cabaran tanpa mengira status kemampuan dan situasi diri seperti yang dialami pasangan kembar dan juga seorang ibu mengandung.

Bagi pasangan kembar graduan Kolej Komuniti Segamat Ahmad Arif dan Afif, meski pun tanpa sebarang asas dalam Animasi 2D, kedua-dua mereka membuktikan kesungguhan mampu mengubah ‘zero’ menjadi ‘hero’.

Kedua-duanya yang dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Sijil Teknologi Maklumat mengakui perlu berusaha lebih gigih dengan memperuntukkan kira-kira tiga jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anak kelima dan keenam daripada enam beradik berusia 21 tahun asal Batu Pahat, Johor itu turut menjadikan YouTube dan Google sebagai rujukan tambahan, selain mendapatkan bimbingan pensyarah kelas.

“Perjuangan ini memang tidak mudah kerana kami sangat ‘struggle’ untuk memahami sesuatu topik.

“Namun, cabaran itu kami jadikan sebagai pembakar semangat, ditambah pula dengan sokongan pensyarah yang sentiasa memberi dorongan.” katanya.

Sementara itu, pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar Nur Fatiha Abdullah ,22, berasal Kota Tinggi membuktikan bahawa dalam keadaan usia kandungan yang mencecah lapan bulan mampu hadir ke Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Johor 2026.

“Ibu dan ayah selalu mengingatkan saya bahawa kekurangan bukan penghalang, sebaliknya cabaran untuk terus melangkah,” katanya.

Nur Fatiha yang merupakan Digital Marketing Assistant di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Pengerang berkata, cabaran terbesar apabila suami berjauhan yang merupakan warganegara tinggal di Singapura,” katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 855 graduan menerima diploma dan sijil masing-masing. Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Ahmad Rizal Adnan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini