Dua beranak mahu balik kampung maut kemalangan

Dua beranak mahu balik kampung maut kemalangan

KEADAAN Perodua Alza yang dipandu Subhi Sayuti Abd. Ghani remuk setelah terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 28 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Pulau Kerengga, Marang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Dua beranak maut dan enam sekeluarga cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilome­ter 28 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Pulau Kerengga, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, mangsa yang maut ialah Subhi Sayuti Abd. Ghani, 43, yang bekerja sebagai pemandu Grab dan anak perempuan­nya, Syuhada Hafiy, 7.

Sementara itu, enam mangsa lain yang cedera ialah pasangan suami isteri, Nazarullah Sekawi, 37, dan Nurul Ermanazita Hashin, 34, bersama empat anak mereka yang berusia antara lima hingga 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, kemala­ngan melibatkan tiga kenderaan iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki dua beranak yang maut, kendera­an utiliti sukan (SUV) Rexton Ssangyong dan sebuah Perodua Kenari.

“Kemalangan dipercayai ber­laku apabila Perodua Alza dipandu Subhi Sayuti dari Kuala Lumpur yang dalam perjalanan balik ke rumah ayahnya di Taman Hidayah, di sini masuk laluan bertentangan.

“Akibat daripada itu, kendera­an tersebut terlanggar Rexton Syanyong dinaiki enam sekeluarga dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan sebelum berpusing dan melanggar bahagian sisi hadapan sebelah kiri Perodua Kenari.

“Pemandu Perodua Alza maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala anaknya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Mohd. Zain, enam sekeluarga yang cedera itu beralamat di Kampung Tok Lam Dalam, Kuala Terengganu  dekat sini turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan di muka serta anggota badan.

Katanya lagi, pemandu Perodua Kenari berusia 28 tahun tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×