Diduakan dengan rela? - Utusan Malaysia

Diduakan dengan rela?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di kala dunia hiburan sedang rancak dengan pelbagai kemelut rumah tangga, singgah pula satu lagi khabar yang hampir sama jalan ceritanya tetapi pengakhiran yang berbeza.

Ada seorang rakan Poklip mendakwa, seorang penyanyi popular era 80-an telah dimadukan suaminya. Tetapi kisahnya berbeza, dia diduakan dengan rela hati, seikhlas nurani kata orang.

Dakwa si polan itu, suami penyanyi tersebut berkahwin dengan seorang janda anak tiga. Alasannya, untuk menyara dan membantu wanita tersebut. Murni sungguh hati sang suami tau.

Cerita sumber lagi, pada mulanya penyanyi tersebut sedih apabila dapat tahu dirinya bakal diduakan. Mestilahkan, hati isteri mana tidak kecewa. Lebih-lebih lagi selepas berpuluh tahun bersama.

Namun dia akhirnya reda dan terima takdir yang tertulis apabila mengetahui niat sebenar suami berkahwin dua. Poklip sendiri terharu dengan kisah bahagia pasangan tersebut.

Tetapi bagus betul si suami ya, Gentlemen, tak ada sorok-sorok. Bila nak berkahwin dua, minta izin isteri pertama dulu. Tidaklah tiba-tiba kahwin dia negara luar, bikin panas dan spekulasi.

Poklip cakap sahaja. Sebab ramai lelaki yang pilih jalan begitu. Bila hendak kahwin dua, terus kecut. Tak mahu berbincang. Tup tup sudah dimadukan. Memang meletup lah emosi isteri pertama.

Lagipun si suami penyanyi itu, kalau hendak cari yang muda bergetah mudah sahaja. Dia kaya raya, tak perlu susah payah. Tetapi bila dia pilih ibu tunggal, memang murni hatinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya