Belalang goreng cheese lauk sahur

Belalang goreng cheese lauk sahur

ROSLINA Mohd. Othman menunjukkan belalang goreng cheese yang semakin mendapat sambutan penggemar di rumahnya di Jalan Jeram Pasu, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. – UTUSAN/TOREK SULUNG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Permintaan belalang goreng cheese meningkat sekali ganda apabila makanan eksotik itu dijadikan lauk istimewa waktu sahur dalam kalangan bagi penggemarnya’.

Pengusaha belalang goreng, Roslina Mohd. Othman, 43, berkata, dia memproses dua kilogram belalang sepanjang Ramadan berbanding satu kilogram sebelum ini.

Katanya, harga belalang yang belum diproses naik sehingga RM100 untuk satu kilogram berbanding RM70 awal Januari tahun ini.

“Harga belalang meningkat apabila bekalannya terhad disebabkan keadaan cuaca terlalu panas. Ada yang sanggup membeli belalang yang belum dibersihkan dan mengupah saya memasak sebagai bekalan sebulan Ramadan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jeram Pasu, di sini semalam.

Roslina berkata, resipi belalang goreng cheese adalah pembaharuan dalam menampilkan gorengan serangga yang turut dikenali sebagai jajan warisan oleh penggemar setianya.

Lazimnya, tambah beliau, tempahan belalang goreng akan terus meningkat seminggu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri untuk dihidangkan bersama lemang dan ketupat.

“Kenaikan harga bawang putih, kunyit dan halia yang merupakan bahan mentah yang wajib dicampur dengan belalang turut menuntut harga runcit belalang goreng turut dinaikkan. Namun masih tetap laris dibeli penggemar belalang,” katanya.

Roslina berkata, belalang goreng kunyit dahulunya sebotol dalam timbangan 60 gram dijual RM10 dinaikkan kepada RM13 manakala untuk belalang goreng cheese dijual RM15 (60 gram) berban­ding RM13 sebotol sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×