YBR bantu mangsa banjir Johor

YBR bantu mangsa banjir Johor

MOHAMAD Ghazali Zainal Abidin (dua dari kiri) dan Bastien Onn (tengah) menyerahkan sumbangan YBR kepada mangsa banjir di Dewan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam, Gemereh Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 171 keluarga mangsa banjir sekitar Segamat, Johor menerima bantuan tunai daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) bagi meringankan beban ditanggung mereka ekoran bencana alam itu.

Bantuan sebanyak RM44,200 yang disediakan YBR itu dengan setiap keluarga mangsa banjir menerima sumbangan RM200.

Menurut Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, bantuan khas itu diberikan kepada setiap keluarga dikenalpasti melalui Persatuan Belia Generasi Merdeka bagi memudahkan proses pengagihan bantuan.

Beliau justeru berharap, bantuan itu dapat membantu ketua keluarga terjejas dan pihaknya akan mengusahakan lebih banyak bantuan bagi meringankan beban mereka terkesan di kawasan lain terjejas.

“Pihak kami amat bersimpati dengan kerugian yang dialami disebabkan oleh bencana ini dan sedikit sebanyak, ia dapat membantu mereka dalam menyediakan keperluan asas pasca banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis penyerahan bantuan disempurnakan oleh Penaung Persatuan Belia Generasi Merdeka, Datuk Bastien Onn di Dewan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam, Gemereh Segamat.

Turut hadir, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Tambah beliau lagi, usaha murni itu diharapkan dapat memberi sedikit kegembiraan buat mereka terkesan dalam meringankan beban kewangan menguruskan persediaan anak-anak yang bakal kembali ke sekolah pada pertengahan bulan ini.

Katanya, YBR pada tahun lalu telah memperuntukkan pemberian sumbangan sebanyak lebih RM800,000 bagii meningkatkan kesejahteraan sosio ekonomi penerima, pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

Dalam pada itu, Bastien merakamkan terima kasih kepada YBR dan diharapkan dana yang diagihkan dapat digunakan bagi mendepani musibah banjir.

“Terima kasih kepada pihak YBR kerana menyantuni mereka terkesan dan diharapkan dana yang diagihkan dapat digunakan bagi menjalani kehidupan harian seperti biasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya