Lima lagu duet cipta sejarah - Utusan Malaysia

Lima lagu duet cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJARAH muzik antarabangsa menyaksikan kejayaan berganda apabila dua penyanyi disatukan dalam sebuah lagu duet. Menjadi formula paling berkesan untuk menembusi carta dan memenangi anugerah, beberapa penyanyi melunaskan hasrat mereka apabila lagu yang menyatukan suara mereka berjaya menarik tumpuan. Demikian lima duet paling berjaya sepanjang zaman.

BRANDY & MONICA

Hasrat dua penyanyi kulit hitam, Brandy dan Monica untuk menembusi carta pop di Amerika Syarikat (AS) dan antarabangsa tercapai menerusi kelahiran single The Boy Is Mine yang diterbitkan sekitar Mei 1998. Lagu tersebut diangkat sebagai lagu duet paling berjaya di AS pada tahun yang sama, dengan rekod jualan mencecah 2.6 juta unit selain mendominasi carta Billaboard Hot 100 selama 13 minggu berturut-turut.

Memuatkan artikel berkaitan…

MARVIN GAYE & TAMMI TERRELL

Pencipta lagu Aint No Mountain High Enough, Ashford dan Simpson menolak permintaan penyanyi British, Dusty Springfield yang ingin merakamkan lagu ini. Kedua komposer tersebut berhasrat menggunakan lagu berkenaan sebagai tiket kemasukan mereka dalam kumpulan Motown.

Namun, pada 1966, lagu ini dilepaskan kepada Marvin Gaye dan Tammi Terrell yang merupakan kali pertama disatukan dalam lagu.

WHITNEY HOUSTEN & MARIAH CAREY

Dua vokalis ikonik sepanjang zaman ini disatukan menerusi lagu When You Believe pada 1998 yang menjadi runut bunyi bagi filem The Prince of Egypt. Berjaya mencuri tumpuan pendengar seluruh dunia, lagu tersebut bagaimanapun merekodkan kejayaan sederhana apabila sekadar menduduki tangga 15 dalam carta Billboard Hot 100.

Bagaimanapun, Carey dan Housten menebus kehampaan apabila berjaya meraih dunia anugerah runut bunyi terbaik bagi Academy Award dan Broadcast Film Critics Association pada 1999.

QUEEN & DAVID BOWIE

Under Pressure diterbitkan pada Oktober 1981, yang kemudiannya disertakan dalam album kesepuluh kumpulan Queen, Hot Space yang diterbitkan pada 1982. Lagu tersebut berjaya mendaki ke tangga pertama UK Singles Chart, dan menjadi lagu kedua popular kumpulan Queen selepas Seven Seas of Rhye manakala lagu ketiga paling menonjol yang dinyanyikan David Bowie.

DIANA ROSS & LIONEL RICHIE

Diana Ross dan Lionel Richie pernah mencipta sejarah dalam dunia muzik antarabangsa apabila keduanya disatukan menerusi lagu Endless Love (1981) yang berjaya mendominasi carta Billboard 100 selama sembilan minggu berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini