Tujuh masjid baharu dirasmikan di Selangor sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Tujuh masjid baharu dirasmikan di Selangor sempena Ramadan

Masjid
ABDUL Aziz Mohd. Yusof (tiga, kanan) mengangkat bendera MAIS pada Majlis Pelepasan Konvoi Bantuan Mangsa Banjir MAIS,agensi, anak syarikat dan JHEIS ke Johor dekat Wisma MAIS di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak tujuh buah masjid baharu di seluruh negeri ini akan dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena kedatangan bulan Ramadan.

Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, masjid-masjid tersebut akan dirasmikan baginda sewaktu berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat jelata.

“Sebanyak tujuh masjid baharu akan dirasmikan baginda di tujuh daerah, kecuali dua daerah iaitu Daerah Hulu Selangor dan Daerah Sepang.

“Masjid baharu di kawasan Kota Raja akan menjadi lokasi pertama perasmian oleh baginda iaitu pada hari kedua bulan puasa,” katanya pada Majlis Pelepasan Konvoi Bantuan Mangsa Banjir MAIS,agensi, anak syarikat dan Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (JHEIS) ke Johor di Wisma MAIS, hari ini.

Dalam program tersebut, Abdul Aziz memaklumkan MAIS, agensi dan anak syarikatnya serta JHEIS tampil bersama menyumbang sebanyak RM141,359 bagi menyantuni mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir buruk yang berlaku di negeri Johor baru-baru ini.

Katanya lagi, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda solidariti di antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) bagi menyantuni mangsa yang terkesan akibat banjir di samping memenuhi maslahah ummah terutama dalam membantu berkaitan keperluan mangsa bagi meringankan bebanan mereka.

“Daripada jumlah RM141,359 itu, MAIS menyumbang sebanyak RM50,000. Manakala agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) juga menyumbang sebanyak RM50,000 dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) sebanyak RM5,000.

“Sumbangan dari JHEIS pula adalah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Sumbangan Tabung Infak Jariah Umat Islam (TIJARI) dan Masjid Pengurusan Negeri Selangor sebanyak RM35,359 dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) sebanyak RM1,000,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya