Jepun tersilap keluar amaran gempa paling dahsyat

Jepun tersilap keluar amaran gempa paling dahsyat

NOTIS bertulis 'Amaran Kecemasan Gempa Bumi Dibatalkan' tertera pada skrin televisyen di Tokyo kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memohon maaf selepas tersilap mengeluarkan amaran gempa bumi paling dahsyat berukuran 9.9 skala Richter  kelmarin, sebelum ia ditarik balik beberapa minit kemudian.

Amaran berkenaan mencetuskan bunyi amaran kecemasan pada jutaan telefon bimbit selepas JMA memaklumkan gempa bumi itu berlaku berhampiran Kepulauan Kuril, yang dikenali di Jepun sebagai Kepulauan Chishima.

Bagaimanapun, JMA kemudian menjelaskan gempa bumi sebenar berukuran 6.9 skala Richter berlaku berhampiran Semenanjung Kamchatka, Russia, pada kedalaman 160 kilometer (km) sejurus selepas tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai JMA, Shinya Tsukada, berkata agensi itu memohon maaf atas kesulitan dan kebimbangan yang dicetuskan oleh amaran berkenaan.

“Kami memohon maaf sedalam-dalamnya atas kesulitan dan kebimbangan besar yang dialami orang ramai,” katanya kepada pemberita.

Amaran itu tidak mencetuskan panik secara meluas, namun mengganggu perkhidmatan pengangkutan awam buat sementara waktu.

Menurut JMA, kesilapan itu berpunca daripada anomali dalam pengiraan lokasi pusat gempa bumi.

Agensi itu berkata, anggaran magnitud berkenaan dibuat berdasarkan andaian tidak tepat bahawa pusat gempa terletak kira-kira 680 km lebih jauh dari Jepun berbanding lokasi sebenarnya.

Jepun masih dibayangi tragedi gempa bumi bawah laut bermagnitud 9.0 pada 2011 yang mencetuskan tsunami sehingga mengorbankan atau menyebabkan kira-kira 18,500 orang hilang, selain memusnahkan loji nuklear Fukushima.

Menurut media tempatan, gempa bumi bermagnitud 9.9 akan melepaskan tenaga kira-kira 22 kali ganda berbanding gempa bumi pada 2011 itu.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini