Timbalan Menteri ditegur gagal jawab isu RMT

Timbalan Menteri ditegur gagal jawab isu RMT

Lim Hui Ying
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor selepas gagal menjawab soalan Datuk Ahmad Marzuk Shaary [Pengkalan Chepa-PN] berhubung Rancangan Makanan Tambahan (RMT) semalam.

Terdahulu Hui Ying berkata, beliau tidak mempunyai jawapan pada masa ini dan meminta diberi kebenaran menyediakan jawapan bertulis.

“Minta maaf, jawapan saya tidak sediakan. Boleh saya beri secara bertulis?” soalnya kepada Timbalan Yang Dipertua.

Datuk Seri Ronald Kiandee [Beluran-PN] bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana menurutnya soalan yang dikemukakan itu telah lama diberikan.

“Ini tidak sepatutnya berlaku dalam dewan ini. Soalan-soalan ini telah lama diberikan kepada pihaknya. Mereka sepatutnya sudah menyediakan jawapan itu lama dahulu,” katanya.

Ramli yang juga terkejut dengan keadaan itu kemudian berkata, situasi itu tidak boleh berlaku dan meminta pihak kerajaan mengambil perhatian.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Saya harap pihak kerajaan dan Ketua Majlis ambil maklum mengenai perkara ini.

“Ini memberi satu senario yang tidak baik kepada kerajaan,” katanya tegas.

Dalam soalannya, Ahmad Marzuk meminta supaya Kementerian Pendidikan menyatakan peruntukan RMT dan mekanisme pemantauan makanan untuk memastikan murid sekolah mendapat makanan yang berkhasiat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×