Tembak isteri: Lans koperal direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Tembak isteri: Lans koperal direman tujuh hari

Keratan akhbar Utusan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang anggota polis berpangkat Lans koperal ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan berhubung kes tembak isterinya di Kampung Bendang Baru Simpang Empat, di sini, semalam.

Perintah reman terhadap suspek berusia 27 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret , Ana Rozana Mohd Nor di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada pukul 9 pagi ini.

Permohonan reman ke atas suspek tersebut dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi mengesahkan mengenai perintah reman berkenaan di mana siasatan sedang dijalankan berhubung motif suspek yang bertindak sedemikian.

“Kita akan menyiasat daripada pelbagai aspek berhubung kejadian ini yang membuatkan suspek bertindak sedemikian,” katanya.

Terdahulu suspek ditahan selepas dipercayai menembak isterinya dengan melepaskan lebih daripada lima das tembakan pada jarak di bahagian muka menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Kejadian berlaku selepas suspek yang berasal dari Terengganu itu baharu sahaja tamat syif tugasannya dan dia secara tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 lalu menembak isterinya, Safsufarnisya Salleh, 26.

Suspek juga dikatakan tidak menunjukkan sebarang masalah atau perlakuan pelik selain sempat minum bersama isterinya di dapur sebelum kejadian itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya