Saya ada cara sendiri pimpin UMNO Arau – Rozabil

Saya ada cara sendiri pimpin UMNO Arau – Rozabil

ROZABIL Abd. Rahman (kiri) membuang undi dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau 2023 di ILP, Perlis, semalam. – MINGGUAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Ketua UMNO Bahagian Arau yang baharu, Datuk Rozabil Abd. Rahman berazam membawa perubahan besar terhadap kepimpinan parti itu di peringkat bahagian khususnya dalam aspek pelaksanaan program dengan mengaplikasi pendekatan baharu.

Rozabil berkata, beliau mempunyai cara tersendiri memim­pin UMNO Bahagian Arau dalam memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh perwakilan parti berkenaan.

Katanya, cabaran yang perlu dihadapi selepas ini adalah bagi mengisi tanggungjawab jawatan itu dengan sebaiknya selepas diumumkan menang dalam pemilihan kali ini.

“Tak mungkin saya akan la­kukan seperti kepimpinan lalu kerana saya mempunyai cara ter­sendiri untuk menerajui UMNO Bahagian Arau,” katanya se­lepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau 2023 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini semalam.

Rozabil dipilih sebagai Ke­tua UMNO Bahagian Arau yang baharu selepas menang tanpa bertanding berikutan tidak dicabar mana-mana calon pada pemilihan kali ini. Pemilihannya menamatkan dominasi hampir 30 tahun Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai ketua bahagian.

Mengenai perjalanan persidangan bahagian berkenaan, Rozabil berkata, sambutan daripada ahli-ahli adalah amat baik dan semua pihak turut memberi komitmen membantu parti itu.

“Kalau lihat persidangan UMNO Bahagian Arau semalam, ramai ahli dan perwakilan yang sebelum ini kurang aktif membuat kemunculan semula untuk bergiat bersama parti.

“Sepatutnya lepas kita kalah (PRU15), orang akan lari namun kita dapat lihat ramai juga muka-muka lama membuat ke­mun­culan semula untuk bersama membantu UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Rozabil ber­kata, penambahan ahli baharu adalah antara agenda yang akan dibawa beliau selepas ini termasuk mendekati golongan pengundi di kawasan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN