Raudhah selamatkan BRM FC - Utusan Malaysia

Raudhah selamatkan BRM FC

GHAFARI Nasir (kiri) dan Mohd. Fauzi Bidin pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Kelab Liga M3, BRM FC mampu menghela nafas lega apabila menerima penaja baharu iaitu Raudhah Islamic School .

Ini kerana penyertaan pasukan itu dalam Liga M3 diselubungi kesamaran sebelum ini berikutan isu penajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BRM FC, Ghafari Nasir mengucapkan terima kasih di atas kesudian Raudhah bekerjasama dan membantu kelab itu.

“Isu penajaan pasukan selesai kerana kami mendapat penaja baru.

“Harapan saya agar tajaan ini mampu membantu meningkatkan prestasi pasukan bola sepak  kami susulan isu penajaan syarikat rokok elektronik (vape),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di pejabat kelab itu di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ghafari mewakili BRM FC manakala Raudhah Islamic School diwakili Pengarah Urusan syarikat itu, Mohd Fauzi Bidin.

Sementara itu, Mohd Fauzi berkata, pihaknya berharap kerjasama dengan BRM FC itu akan mencetuskan impak dan penjenamaan positif kepada kedua dua belah pihak.

Menurutnya, Raudhah Islamic School juga optimis dengan kredibiliti pasukan BRM FC pada musim lepas yang berjaya masuk ke peringkat separuh akhir liga dan tahun ini mereka sasarkan juara musim ini.

“Kami juga terpanggil selepas melihat kesungguhan perancangan strategik jangka panjang pasukan ini.

“Kami teruja kerana pasukan ini mahu memiliki kompleks bola sepak sendiri selain turut mendapatkan khidmat pemain berkaliber antaranya Nazrin Nawi, Khairul Izuan Rosli (UiTM) dan Muhammad Syazwan Tajudin (Kedah), “katanya.

Sebelum ini, Ghafari membayangkan kemungkinan BRM FC tidak menyertai Liga M3 musim ini susulan isu penajaan syarikat rokok elektronik dan terpaksa dipertimbangkan kerana pasukan berkenaan bakal kehilangan sumber kewangan yang besar.

Isu itu turut dibangkitkan portal bola sepak tempatan yang mempersoalkan penajaan sebuah syarikat vape terhadap kelab tersebut yang dianggap melanggar syarat penajaan pasukan bola sepak dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Kontroversi itu tercetus selepas logo syarikat vape berkenaan terpapar pada jersi yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya