Promosi Bazar Ramadan Liga Muslim sebagai destinasi pelancongan - Utusan Malaysia

Promosi Bazar Ramadan Liga Muslim sebagai destinasi pelancongan

BAZAR Ramadan Liga Muslim di Lebuh Queen, George Town, Pulau Pinang menawarkan pelbagai menu popular seperti nasi kandar, nasi beriyani dan lain-lain sepanjang bulan Ramadan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang diharapkan dapat membantu mempromosi bazar Ramadan anjuran Liga Muslim Pulau Pinang sebagai satu destinasi pelancongan makanan di negeri ini sepanjang bulan Ramadan ini.

Presiden Liga Muslim, Datuk Najmudeen Kader berkata, bazar Ramadan Liga Muslim itu yang dianjurkan buat kali ke-19 di Lebuh Queen di sini menawarkan pelbagai menu pilihan makanan popular negeri itu iaitu nasi kandar, nasi beriyani dan banyak lagi daripada restoran-restoran terbaik di Pulau Pinang.

”Kami berharap kerajaan negeri dapat mengetengahkan dan memasarkan bazar Ramadan Liga Muslim sebagai destinasi pelancongan makanan sepanjang bulan ini.

”Di lokasi ini orang ramai dapat membeli makanan jalanan terbaik, di mana pelancong dalam dan luar negara termasuk penduduk tempatan boleh membeli dan menjamu selera di lokasi bazar tersebut ketika waktu berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, memandangkan kehadiran pelbagai lapisan pengunjung ke bazar itu termasuk warga asing, pihaknya berharap kerajaan negeri dapat membenarkan lebih banyak gerai dibuka tahun depan.

Dalam masa sama, beliau juga berharap kerajaan negeri akan memudah cara operasi bazar Ramadan kerana ia adalah lokasi popular dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam termasuk warga asing.

”Bazar Ramadan ini dapat memperkenalkan pelbagai menu makanan kepada pelancong asing dan mereka juga dapat mengenali budaya, tradisi dan aspek keagamaan pada bulan Ramadan.

“Pada bulan yang mulia ini, orang Islam dan bukan Islam juga boleh menikmati makanan bersama ketika waktu berbuka,” katanya.

Tambahnya, Liga Muslim juga berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengenai keperluan untuk menyediakan kemudahan tambahan di bazar Ramadan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya