PRN: Warisan tidak bersedia, sambutan belum memuaskan

PRN: Warisan tidak bersedia, sambutan belum memuaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Wari­san yang mengumumkan ti­dak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang dijangka diadakan Jun ini kerana tidak cukup ber­sedia selain sokongan kepada Warisan di Semenanjung belum memuaskan.

Dalam keadaan kerajaan Persekutuan dibentuk secara campuran antara parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Warisan berpendapat lebih baik parti itu memberi ruang kepada parti kerajaan menyertai PRN dengan Wari­san akan membantu kempen PRN tersebut.

Bercakap kepada Mingguan Ma­­laysia, Ketua Penerangan­nya, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, beliau menerima ha­kikat yang Warisan perlu menumpu perhatian lebih di Sabah yang merupakan pangkalan parti itu ditubuhkan.

“Di Sabah, kami tetap sebagai pembangkang dan memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan ne­geri. Di Persekutuan, kita sudah ada kerajaan perpaduan. Jadi, Warisan tidak mahu ada pertembungan sesama sendiri dalam pilihan raya.

“Sebab itu, Warisan mahu membantu parti-parti kerajaan untuk menang pilihan raya negeri. Lebih baik kami beri peluang kepada parti yang sudah cukup kelengkapan­nya,” katanya ketika dihubu­ngi semalam.

MOHD. AZIS JAMMAN

Bagaimanapun, Mohd. Azis berkata, selepas PRN di enam negeri itu selesai dan jika ada mana-mana DUN dibubarkan selepas itu, Warisan akan ikut serta dalam pilihan raya kecil tersebut.

“Lihat dulu bagaimana, cu­ma sekarang ini kami akan bantu parti lain sahaja. Jika di kawasan itu ditandingi Barisan Nasional (BN), kami akan bantu mereka, Pakatan Harapan (PH) juga sama,” katanya.

Sementara itu, satu sumber lain berkata, Warisan tidak menganggap keputusan tidak bertanding di enam PRN itu sebagai pembaziran ketika parti itu sudah melebarkan sayap di seluruh negara.

Menurut sumber itu, Wari­san akan tetap mencari jalan sendiri untuk meyakinkan rakyat di Semenanjung bahawa parti itu adalah alternatif terbaik untuk mereka meski­pun tidak bertanding pada PRN kali ini.

“Saya faham, akan ada yang fikir Warisan telah membazirkan banyak perkara kerana tidak bertanding, walaupun sudah bertapak di seluruh negara.

“Namun, kami tidak perlu dengar dan ikut apa orang lain cakap tentang kami, apa pun, Warisan sudah membuat pilihan dan kita perlu mengkaji semula strategi parti,” kata sumber. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN