Perdagangan Malaysia, Victoria, Australia meningkat 36 peratus - Utusan Malaysia

Perdagangan Malaysia, Victoria, Australia meningkat 36 peratus

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan menyerahkan sumbangan tambahan ‘Tabung Ibnu Sabil MAIPs’ yang diterima oleh Konsul Muda, Mohd Adham Yahaya di Melbourne, Australia baru-baru ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Perdagangan dua hala antara Victoria, Australia dan Malaysia meningkat sebanyak 36 peratus (AUD$1.24 Bilion) mengikut tahun kewangan 2021-2022.

Malaysia merupakan rakan dagang dua hala kelapan terbesar dengan Victoria.

Peningkatan besarnya dilihat dalam import Malaysia, dengan nilai import petroleum mentah dan bertapis dari Malaysia ke Victoria meningkat sebanyak 93 peratus (AUD$912 juta).

Manakala, import utama Malaysia dari Victoria adalah produk tenusu berjumlah AUD$110 juta, refined petroleum berjumlah AUD$94 juta dan gandum berjumlah AUD$77 juta.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne Australia, Marzita Marzuki yang akan bertukar sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Crown Towers Melbourne baru-baru ini.

Kenyataan itu disiarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Kangar hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat ke Melbourne untuk menghadiri majlis graduasi anakanda puteri kedua baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail,21, yang telah tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Pengurusan) di Royal Melbourne Institute Of Technology (RMIT) University dari 2018 hingga 2021, namun istiadat konvokesyen tertangguh akibat Covid-19.

Berangkat sama, anakanda puteri sulung baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan anakanda putera bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyerahkan sumbangan tambahan ‘Tabung Ibnu Sabil MAIPs’ yang diterima oleh Konsul Muda, Mohd Adham Yahaya.

Pada 2019, Malaysia merekodkan pendaftaran pelajar antarabangsa ketiga terbesar di Victoria dan sumber pelawat semalaman antarabangsa ketujuh terbesar.

Untuk rekod, Malaysia telah membuka pejabat Konsulat Jeneral di Melbourne, Victoria pada Mei 2011 iaitu selepas lawatan rasmi Perdana Menteri ketika itu ke Melbourne pada 11 Mac 2011.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.