Penunggang motosikal maut, gagal potong kereta

Penunggang motosikal maut, gagal potong kereta

SEORANG lelaki maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 17, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Renok Baru, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai gagal memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan treler di Kilometer 17, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Renok Baru di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Khalid Mohamud, 47, yang menunggang motosikal Jenis Honda RS150 meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke tempat kerjanya di kawasan pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) berhampiran Sungai Asap B.

Menurutnya, setiba tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapannya namun gagal sebelum bertembung dengan sebuah treler jenis Volvo yang datang dari arah bertentangan.

“Treler berkenaan telah membrek sejauh 17 meter dan cuba mengelak ke kanan, namun mangsa telah melanggar bahagian tayar belakang sebelah kiri.

“Insiden itu menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan tercampak ke atas jalan sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, pemandu treler berusia 57 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil ujian air kencing negatif dadah.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk pengendalian bedah siasat.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.