Pengarah, pengasas Revenue letak jawatan

Ada isu cerai lebih awal, kes Hafidz Roshdi tangguh 9 Mei  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. 

Tarikh baharu itu ditetapkan oleh Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin susulan Shuhada mendakwa suaminya pernah melafazkan cerai lebih awal melalui aplikasi WhatsApp, Januari lalu.

Semasa prosiding semalam, Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai tersebut.

“Kami baru terima (kelmarin) salinan penyata pembelaan bersama tuntutan balas. Namun, pihak kami terkejut apabila melihat kandungan tuntutan balas kononnya Hafidz ada melafazkan cerai lebih awal iaitu 22 Januari lalu.

“Sedangkan dalam permohonan cerai hari ini, lafaz itu dibuat pada 22 Februari. Ini bermakna sebelum 22 Februari, ada lagi talak dilafaz terhadap Shuhada. Oleh itu, pihak kami mohon tarikh baharu untuk menjawab terhadap tuntutan balas itu,” kata Akberdin. 

Selain Akberdin, Hafidz turut diwakili peguam syarie lain Ummi Kartini Abd. Latiff.

Dalam pada itu, peguam syarie, Nurfarhana Abd. Manaf yang mewakili Shuhada mengesahkan pihaknya memfailkan satu pembelaan dan tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

“Lafaz cerai pertama pada 22 Januari secara WhatsApp. Kami tiada bantahan sekiranya mahkamah menetapkan tarikh lain bagi sebutan semula kes,” katanya. 

Sepatutnya, semalam merupakan pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan, namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu berhubung isu cerai itu.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz sah bercerai talak satu dengan kakaknya menerusi panggilan telefon, 2 Februari lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya