Naib Presiden UMNO: Johari, Wan Rosdy, Khaled mendahului - Utusan Malaysia

Naib Presiden UMNO: Johari, Wan Rosdy, Khaled mendahului

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi pemilihan UMNO sesi 2023/2026 menunjukkan Datuk Seri Johari Ghani, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendahului sebagai Naib Presiden parti.

Ketiga-tiga mereka meninggalkan lima calon Naib Presiden yang lain termasuk Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hasni Mohamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Dr. Mohd Yusof Musa.

Khaled merupakan penyandang sebelum ini masih kekal dipilih sebagai Naib Presiden UMNO, manakala dua lagi jawatan yang disandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Mahdzir sebelum ini diisi Wan Rosdy serta Johari.

Wan Rosdy dan Johari merupakan kali pertama bertanding bagi jawatan berkenaan, sementara Mahdzir turut tumpas dalam merebut jawatan itu.

Azalina yang merupakan calon tunggal wanita juga berada di belakang tempat tiga teratas.

Secara dasar tiga Naib Presiden UMNO ini adalah pembuat dasar dan keputusan dalam mesyuarat Biro Politik bersama Presiden dan Timbalan Presiden.

Keputusan itu kemudiannya dibawa dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebagai keputusan tetap parti – yang merupakan badan tertinggi dalam membuat dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya