MB, Exco dalam LLSB sebagai wakil kerajaan negeri - Utusan Malaysia

MB, Exco dalam LLSB sebagai wakil kerajaan negeri

LLSB
KERJA-KERJA pendalaman Sungai Klang sedang dilaksanakan oleh LLBS bernilai RM700 juta bagi mengatasi masalah banjir seperti yang terjadi pada Disember 2021 di Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kedudukan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Izham Hashim sebagai ahli lembaga pengarah Landasan Lumayan Sdn. Bhd. (LLSB) sebagai mewakili kerajaan negeri dalam syarikat tersebut.

Ini kerana, LLBS ditubuhkan dengan milikan penuh Menteri Besar (Pemerbadanan) (MBI) untuk menguruskan pelbagai projek di bawah kerajaan negeri sejak 2018.

Pengarah Urusannya, Syaiful Azmen Nordin berkata, penubuhan LLSB untuk melaksanakan projek Selangor Maritime Gateway (SMG) iaitu membersih, memulihara dan membangunkan Sungai Klang yang teruk tercemar.

Menurutnya, LLSB kemudian turut melaksanakan beberapa projek termasuk membangunkan tanah-tanah milik kerajaan negeri serta melebar dan mendalamkan Sungai Klang susulan banjir pada Disember 2021 yang bernilai RM700 juta.

“Pada ketika ini, kerja-kerja pendalaman yang dimulakan pada 1 November 2022 dengan tumpuan di kawasan kritikal iaitu di Kampung Bukit Lanchong sehingga ke Taman Sri Muda, Shah Alam dan juga di muara sungai dengan anggaran kos sebanyak RM249 juta. 

“Jumlah ini dibiayai melalui tanggungan premium tanah yang bakal dibangunkan berjumlah RM117 juta, tanggungan hutang RM54 juta dan selebihnya melalui penerokaan pembiayaan oleh MBI. Projek itu tidak melibatkan sebarang suntikan tunai daripada kerajaan negeri seperti didakwa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, kali terakhir kerja-kerja pendalaman Sungai Klang adalah pada 20 tahun lalu.

Sebelum ini, kedudukan Amirudin dan Izham mendapat pertikaian Perikatan Nasional (PN) Selangor apabila membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi supaya menyiasat perlantikan mereka dalam syarikat tersebut.

Ketua Penerangan PN Selangor, Mohd. Shukor Mustaffa berkata, mereka turut menggesa polis menyiasat sama ada ada berlakunya salah guna kuasa dalam pemberian tender terus kerajaan negeri kepada LLSB bagi projek SMG, yang dianggarkan bernilai RM700 juta.

Bagaimanapun, Syaiful Azmen memaklumkan LLSB turut bekerjasama dengan Berjaya Land Berhad dan menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) pada 23 Disember 2020 iaitu Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. dengan pegangan saham sebanyak 55 peratus oleh Berjaya Hartanah Berhad dan 45 peratus oleh LLSB.

“Pada tahun 2019, proses request for proposal (RFP) bagi tanah dikenalpasti dilaksanakan apabila sebanyak 98 syarikat dijemput, namun tiada yang berminat dan menepati kriteria ditetapkan berikutan keadaan tanah memerlukan kos pemulihan dan infrastruktur tinggi.

“Pemilihan Berjaya sebagai rakan kongsi strategik mendapat kelulusan diperingkat Ahli Lembaga Pengarah MBI, LLSB dan seterusnya dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan kelulusan akhir di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada April 2022,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.