Polis rujuk semula kes pemandu mabuk langgar Allahyarham Zulfiqar

Polis rujuk semula kes pemandu mabuk langgar Allahyarham Zulfiqar

Pemandu mabuk lawan arus
SEBUAH Perodua Bezza dipandu secara melawan arus oleh seorang pemandu mabuk dekat Persiaran Kota, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis merujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menyemak siasatan terhadap pemandu mabuk yang melawan arus sehingga merempuh seorang penunggang motosikal susulan mangsa akhirnya dilaporkan meninggal dunia selepas seminggu menerima rawatan di hospital.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Utusan Malaysia pada 14 Mei lalu melaporkan seorang penunggang motosikal bertarung nyawa selepas dirempuh seorang pemandu mabuk yang memandu di laluan bertentangan dekat Persiaran Kota, di sini, tengah malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 20-an diaktakan dalam perjalanan dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam sebelum dirempuh sebuah kereta Perodua Bezza yang memandu secara songsang sejauh kira-kira 3.5 kilometer (km).

Ketika itu, Jit Huey berkata, akibat rempuhan tersebut, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan parah pada anggota badan serta kaki kanan.

Lelaki terbabit kemudian dibenarkan ditahan reman oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, pemandu terbabit, Low Kean Peng, 35, mengaku tidak bersalah dalam prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret pada 18 Mei lalu atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan melanggar seorang penunggang motosikal.

Ketika prosiding pertuduhan tersebut berlangsung, mangsa, masih di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini dan berada dalam keadaan koma.

Namun, Allahyarham Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27, disahkan meninggal dunia pada Isnin lalu selepas selepas 13 hari bertarung nyawa di wad ICU hospital berkenaan.

Bapa mangsa, Amirul Nizam Abdul Aziz, 49, berkata, pihaknya menerusi peguam membuat writ saman mengenai perkara itu selain memaklumkan kepada pegawai penyiasat polis mengenai kematian arwah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN