Maritim rampas 26 bubu naga haram - Utusan Malaysia

Maritim rampas 26 bubu naga haram

Bubu naga
ANGGOTA Maritim Malaysia menarik bubu naga haram itu di perairan Sungai Janggut, Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Dua pelampung mencurigakan membawa kepada penemuan 26 unit bubu naga haram di sekitar barat laut perairan Sungai Janggut di sini, semalam.

Kesemua bubu yang ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor itu dirampas, kira-kira pukul 11 pagi selepas menemui dua pelampung yang masing-masing diikat dengan 13 unit bubu naga.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, perkara itu dikesan pihaknya yang melakukan rondaan rutin menerusi bot di perairan berkenaan.

“Anggota Maritim kemudian menunggu selama 30 minit namun tiada bot nelayan menghampiri kawasan tersebut. Kesemua bubu itu dirampas dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Siva Kumar, bubu naga itu dianggarkan bernilai RM1,300 iaitu RM50 bagi setiap unit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya