PETALING JAYA: Lantikan ahli politik ke dalam syarikat milik kerajaan (GLC) tidak salah sekiranya individu terbabit berkelayakan dan bukan dibuat sebagai `habuan politik’. Ahli politik yang dibawa ke dalam GLC juga tidak boleh mencampur aduk agenda politik dengan kepentingan syarikat, sebaliknya perlu menjalankan amanah dengan penuh integriti dan bebas daripada salah guna kuasa. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tidak menjadi masalah untuk…