Ku Li kekal terajui UMNO Gua Musang

Ku Li kekal terajui UMNO Gua Musang

TENGKU Razaleigh Hamzah bersama para perwakilan di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang, Kelantan semalam. – MINGGUAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Veteran politik, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li terus diberi kepercayaan untuk menerajui UMNO Bahagian Gua Musang selepas menang perebutan jawatan itu dalam pemilihan parti yang berlangsung semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Ku Li mengekalkan jawatan yang dimenangi lebih enam dekad lalu sekaligus menjadi Ketua UMNO bahagian paling lama berkhidmat di negara ini.

Dalam pemilihan itu, Ku Li memperoleh 453 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya, Che Mohd. Izani Che Musa (46 undi) dan Datuk Saari Lembut (lima undi).

Mengikut rekod, Ku Li dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan pada tahun 1962 ketika berusia 25 tahun.

Dalam pemilihan kali ini, Ku Li dicabar kali kedua oleh Saari Lembut dan Che Mohd. Izani Che Musa sejak beliau memimpin bahagian tersebut selama 64 tahun.

Kali pertama bekas Menteri Kewangan itu dicabar adalah pada pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang 2013 oleh bekas Ketua Pemuda ketika itu, Datuk Bazlan Baharuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×