Koperasi di Pulau Pinang catat perolehan memberangsangkan - Utusan Malaysia

Koperasi di Pulau Pinang catat perolehan memberangsangkan

AHMAD ZAKIYUDDIN Abd. Rahman (tengah) dalam sidang akhbar mengenai Bantuan Penang 2030 Coop Grant di Komtar, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Prestasi gerakan koperasi di negeri ini berada pada tahap memberangsangkan dengan jumlah perolehan pendapatan tahun lalu mencapai RM283 juta berbanding RM261 juta tahun sebelumnya.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman berkata, mengikut data terkini terdapat 795 buah koperasi di negeri ini dengan keanggotaan melebihi 191,000 daripada 1.7 juta penduduk secara keseluruhannya.

“Ini menunjukkan peningkatan ketara terhadap kesedaran berkoperasi dalam kalangan masyarakat di negeri ini kerana koperasi adalah satu pendekatan yang efektif bagi merangsang pembangunan keusahawan masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar, di sini hari ini.

Menurut beliau, sebagai langkah transformasi memperkasa koperasi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi yang seimbang, inklusif, progesif dan mampan, kerajaan negeri meluluskan Bantuan Penang 2030 Coop Grand berjumlah RM450,000.

Katanya, bantuan Penang 2030 Coop Grant itu telah dilancarkan Februari 2021 berjumlah RM300,000 dan jumlah sama diberikan tahun lalu.

”Sebanyak 74 buah koperasi telah menerima manfaat hasil daripada inisiatif Bantuan Penang 2030 Coop Grant ini.

”Pada tahun ini, kerajaan negeri telah meningkatkan jumlah geran ini kepada RM450,000 berdasarkan penglibatan aktif koperasi dalam membantu komuniti serta rekod prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh koperasi yang telah menerima manfaat sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, bantuan Penang 2030 Coop Grant akan meliputi dua kategori iaitu permohonan bagi tujuan infrastruktur atau modal pusingan berjumlah RM10,000 maksimum bagi setiap koperasi yang memohom mengikut jawatankuasa penilai.

”Penetapan jumlah maksimum ini ditetapkan selaras dengan objektif Penang 2030 Coop Grant bagi memberi peluang kepada koperasi yang benar-benar memerlukan untuk memulakan atau memulihkan perniagaan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.