Kaunter zakat pandu lalu

Kaunter zakat pandu lalu

PENOLONG Amil Fitrah, Abdull Rasyid Kamarudin (kanan) menerima bayaran zakat fitrah daripada orang ramai di kaunter pandu lalu di Putrajaya, semalam. – FOTO/FARIZ RUSADIO

BAGI memudahkan orang ramai membayar zakat fitrah tahun ini, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil inisiatif dengan mewujudkan kaunter zakat secara pandu lalu (drive thru) di Putrajaya.

Kaunter yang dibuka bermula 1 Ramadan lalu beroperasi dari pukul 9 pagi sehingga 7 malam setiap hari dan pada 10 Ramadan terakhir akan dibuka bermula pukul 8 pagi.

Pada tahun ini, MAIWP menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan iaitu RM7, RM14 dan RM21. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN