Diana Danielle ungkap ‘maaf’, terus kunci mulut

Diana Danielle ungkap ‘maaf’, terus kunci mulut

DIANA DANIELLE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Maaf.”

Hanya itu balas pelakon, Diana Danielle ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Farid Kamil awal bulan ini.

Usaha Utusan Malaysia untuk cuba menghubungi Diana menerusi panggilan telefon dan pesanan Whatsapp terus gagal lantaran pelakon itu tetap mendiamkan diri dan hanya membalas tiga emoji berbentuk hati.

Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai tersebut dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari kelmarin, namun Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.

Farid dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui masih menya­yangi isterinya dan mahu mencuba untuk meleraikan perselisihan faham serta menyelamatkan rumah tangga mereka.

Namun, difahamkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan Farid tidak dibenarkan untuk bertemu anak-anak selepas dihalang masuk ke rumah Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 10, dan Aurora, 7. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN