13 kawasan pelupusan sampah haram di Hulu Langat - Utusan Malaysia

13 kawasan pelupusan sampah haram di Hulu Langat

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengenalpasti sebanyak 13 lokasi tempat aktiviti sampah haram di Hulu Langat pada tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan laporan daripada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Langat, lapan lokasi merupakan tanah milik individu sementara empat, melibatkan tanah milik kerajaan dan satu tanah perkongsian kerajaan dan individu.

“Daripada lapan lokasi tanah hak milik individu, lima telah dikenakan Notis 7A iaitu rampasan iaitu Blackwater, Bandar  Mahkota Cheras, PT42293 Mukim Semenyih, sekitar tanah lot Kampung Sungai Tekali, Lot 2122 Taman Pinggiran Delima, Lot 1969 dan 1970 Taman Pusara.

“Terdapat tiga lokasi (tanah persendirian) yang kita kena sedang kenal pasti lot dan spesifik kawasannya sebelum dikeluarkan Notis 7A iaitu Felcra Semungkis Batu 14, Kampung Simpang Balak dan Jalan Kuari Sungai Long,” katanya ketika Mesyuarat Pertama Penggal Ke-6 Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14 2023 di Bangunan Annex, hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Edry Faizal Eddy Yusof (PH-Dusun Tua) yang bertanyakan jumlah kawasan yang dikenalpasti sebagai tempat aktiviti sampah haram di daerah itu.

Amirudin menjelaskan, lima lokasi milik tanah kerajaan yang dikenalpasti adalah tanah rizab Twin Palm Sungai Long, Desa Budiman, Rinching, Rinching Hulu, Lot 1848 Kolam Air Panas Sungai Serai dan Taman Universiti Lot 908.

Katanya, operasi penguatkuasaan juga dijalankan ke atas aktiviti sampah haram di tanah milik kerajaan.

“Operasi dilaksanakan seperti kenalpasti siapa pemiliknya (individu yang menjalankan aktiviti itu), papan tanda amaran diletakkan di Kolam Air Panas dan Desa Budiman,” tegasnya.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) mengakui isu sampah haram di negeri itu agak serius.

Sehubungan itu, pejabat itu sedang menjalankan operasi bagi membendung aktiviti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya