YBR, Unimap bantu pendidikan anak autisme B40

YBR, Unimap bantu pendidikan anak autisme B40

MOHD. Irwan Mohd Mubarak dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani menyerahkan sumbangan program A-Heart kepada Naib Canselor Unimap, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli sambil disaksikan Raja Muda Perlis yang juga Canselor Unimap, Tuanku Syed Faizuddin Putra. - IHSAN YBR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), Universiti Malaysia Perlis (Unimap) membantu anak-anak autisme dalam kalangan keluarga B40 untuk mempunyai pendidikan yang lebih inklusif melalui Program Autism Hub for Educational Resources & Training (A-Heart), di Arau, hari ini.

Program berkenaan bertujuan untuk menyediakan sesi terapi deria dan cara kerja kepada kanak-kanak dan remaja autisme, dengan 48 sesi terapi setahun telah dirancang.

Program itu turut menawarkan sesi diagnosis keperluan terapi anak autisme bagi memastikan pendekatan terapi yang efektif serta menyediakan sokongan kemudahan pengangkutan dalam kalangan mereka yang menghadapi kekangan menghantar anak masing-masing mengikuti sesi terapi.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd. Irwan Mohd. Mubarak berkata, inisiatif YBR itu secara tidak langsung menjadi platform kepada anak-anak istimewa mendapat peluang pemulihan dan pendidikan mengikut tahap keupayaan serta keperluan masing-masing.

“Galakan dan dorongan perlu diberikan kepada golongan anak-anak autisme di mana ia sedikit sebanyak dapat memberi fokus dalam mengembangkan potensi dalam kalangan kanak-kanak istimewa ini”, katanya dalam kenyataan.

Jelas Mohd. Irwan, kerjasama berkenaan merupakan langkah positif bagi memastikan anak-anak autisme mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Golongan istimewa ini berbeza dengan mereka yang normal, tetapi tetap mempunyai kelebihan akal fikiran dan kemahiran.

“Diharapkan sokongan berterusan dari semua pihak terutamanya daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat menjadikan mereka lebih berdaya saing serta mampu mempunyai masa hadapan yang cerah sama seperti mereka yang lain untuk hidup lebih sempurna,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya