UMNO Selangor muktamad kerusi untuk rundingan - Utusan Malaysia

UMNO Selangor muktamad kerusi untuk rundingan

UMNO kerusi
MEGAT Zulkarnain Omardin dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pengurusan Badan Perhubungan UMNO Selangor di Shah, Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini dan bersedia untuk berunding dengan Pakatan Harapan (PH) melalui Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, rundingan tersebut akan melalui perbincangan peringkat BN negeri bersama komponen dan Friends of BN terlebih dahulu bagi mendapatkan persetujuan mereka sebelum dibawa berbincang bersama PH.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, jumlah kerusi tersebut termasuklah yang disandang oleh parti itu seperti Sungai Panjang, Sungai Air Tawar, Sungai Burong dan Semenyih.

“UMNO Selangor bersedia untuk berunding dan sebarang keputusan akan dipatuhi serta pastikan ditandingi dalam PRN. Angkanya, tak perlulah saya maklumkan, selepas nanti kita persetujui, maka itulah keputusan yang akan kita patuhi dan pastikan tandingi dalam PRN.

“Angkanya, tak perlulah saya maklumkan, selepas nanti kita persetujui, maka itulah keputusan yang akan kita patuhi dan pastikan tandingi dalam PRN.

“Selepas hari ini, kita mengenalpasti kerusi-kerusi yang mana mula dikemukakan untuk perbincangan lanjut. Maknanya ini adalah keputusan rasmi, kita tidak memilih sesiapa untuk memberi kenyataan,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu mengarahkan Setiausaha BN Selangor, Datuk Satim Diman untuk memaklumkan kerusi-kerusi yang diperhalusi dan dipersetujui oleh UMNO negeri serta dibawa dan diputuskan oleh BN.

Malah, Megat Zulkarnain dalam masa sama menegaskan sebarang kenyataan dibuat oleh sebarang individu adalah bersifat peribadi dan tidak matang untuk dipersoalkan apabila parti sudah pun bersetuju dengan keputusan dicapai sebelum memulakan rundingan rasmi.

It is too premature untuk mana-mana pihanya memberikan kenyataan yang saya fikir itu hanyalah bersifat peribadi. UMNO Selangor memutuskan dan bersetuju dengan keputusan yang kita capai dan akan memulakan rundingan secara rasmi.

“Kita akui, dalam pilihan raya umum lepas, kita tidak berjaya memenangi satu pun kerusi di peringkat parlimen, tetapi kita masih lagi mempunyai jumlah undi yang banyak terutama di kawasan majoriti Melayu. Saya fikir, ini mesti ada dalam asas rundingan untuk kita memulakannya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.