MAIS tunggu siasatan polis isu tipu logo - Utusan Malaysia

MAIS tunggu siasatan polis isu tipu logo

Logo MAIS
ABDUL AZIZ Mohd. Yusof (tengah, atas) bersama pengamal media dan rakan strategik MAIS pada program itu di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang memalsukan dokumen dengan menggunakan logo jabatan itu.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya tampil membuat laporan polis mengenai perkara itu petang  Jumaat lalu.

Tegas beliau, MAIS tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penipuan pesanan pembelian dan invois tersebut.

“Kami sudah membuat laporan polis mengenainya dan menunggu siasatan polis yang masih sedang dijalankan.

“Tindakan lanjut akan diambil selepas mengenalpasti pihak yang dianggap menyamar sebagai MAIS itu,” katanya ketika ditemui pada program Hi-Tea Bersama Media dan pelancaran Kalkulator Fidyah, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sebuah syarikat swasta menerima pesanan pembelian menggunakan surat rasmi berlogo MAIS bagi mendapatkan dana projek pembekalan bantuan bakul makanan.  

Semakan lanjut mendapati dua dokumen itu didapati palsu dan tidak pernah melantik mana-mana pihak menjadi ejen bagi projek tersebut. 

Jelas Abdul Aziz, pihaknya ada menerima aduan daripada sebuah syarikat yang hadir ke pejabat MAIS sebelum ini.

“Pengadu berkenaan merupakan seorang usahawan wanita yang memaklumkan dirinya telah ditipu. Kita kemudian memberitahu bahawa tidak pernah sesekali meminta pesanan pembelian itu,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang semakin canggih dengan pelbagai taktik.

“Sebarang maklumat atau pengesahan lanjut mengenai MAIS boleh diperoleh menerusi talian 03-55153400 atau e-mel ke [email protected],” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.